we are not an environmentalist. we are an Earth warrior

Friday 27 May 2011

Speech Text by SMK Taman Melati's Principal on Annual Sports Day 2011

TEKS UCAPAN MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16/2011 
DAN MAJLIS PELANCARAN BP MYSCIENCE CHALLENGE 
DISAMPAIKAN OLEH 
DATIN SERI ZAVIRAH BINTI SHAARI PENGETUA SMK TAMAN MELATI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

       Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Shofi bin Osman Penolong Pegawai Kanan Pengurusan Sekolah, Yang Berusaha En. Mohd Nor Azre b. Ghazali Yang Di-Pertua PIBG, Yang Berusaha semua Penolong Kanan, semua Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru dan para ibu bapa serta para pelajar yang dihormati sekalian.  

       Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul bersama pada pagi ini dalam majlis kejohanan olahraga dan pelancaran BP Myscience Challenge Sekolah Menengah Kebangsaan kali ke 16

Tuan-tuan dan puan-puan,
       Pada pagi ini kita berasa bangga melihat penglibatan anak-anak muda kita dalam aktiviti sukan sekolah. Dalam kesuntukan waktu untuk mereka menghadiri kelas-kelas tambahan sibuk mengulangkaji untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahuntidak lama lagi tetapi pelajar-pelajar ini tetap mengambil bahagian dalam aktiviti sukan seperti yang akan kita saksikan pada hari ini.

Para hadirin dan para pelajar yang saya hormati sekalian,
       Kejohanan Olahraga merupakan acara wajib bagi setiap sekolah. Saya sangat gembira melihat kesungguhan para pelajar yang mengadakan pelbagai latihan setiap hari untuk memastikan rumah mereka menajdi juara. Saya juga melihat kesungguhan guru-guru melatih para peserta rumah masing-masing untuk memastikan rumah mereka menjadi juara.

        Setakat ini, beberapa kejayaan peringkat Zon dan Negeri dalam sukan dan permainan telah dicapai. Antaranya dalam kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Zon Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati menjadi juara keseluruhan Wilayah Keramat dengan pencapaian 10 emas, 9 perak dan 8 gangs. Sekolah Menngah Kebangsaan Taman Melati juga telah menjadi johan dalam pertandingan Catur dan naib johan dalam permaianan Sepak Takraw bawah 18.

       Bagi program Bp Myscience Challenge 2010 pula, pelajar-pelajar SMK Taman Melati telah mendapat naib johan dalam pertandingan Solar Boat, tempat ketiga bagi Exhibition Board dan tempat keempat bagi keseluruhan. 

       Sempana majlis pelancaran BP myscience challenge, maskot rumah-rumah sukan adalah bertemakan Alam Sekitar.  Sehubugan itu, hadiah bagi maskot terbaik telah disediakan. Saya berharap agar kita semua bersama-sama menjaga kemampanan alam sekitar kita kerana sesungguhnya kita bukan mewariskan khazanah alam kepada generasi akan datang tetapi kita meminjamnya daripada mereka. Kesan pencemaran alam sekitar telah kita rasai dengan peningkatan suhu dan keadaan cuaca melampauoleh itu marilah kita berganding bahu memupuk kesedaran dalam kalangan keluarga kita khususnya dan masyarakat amnya.

       Melalui aktiviti kokurikulum seperti ini jelas terjalin semangat Satu Malaysia. Kita telah dapat melahirkan pelajar yang aktifdan bertanggungjawab. Bidang sukan juga dikenalpasti sebagai salah satu bidang yang dapat memantapkan jati diri seseorang pelajar.Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia begitu memberi perhatian kepada acara sukan ini dan mahukan acara sukan sekolah dilaksanakan dengan meriah pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati sejak dahulu lagi sentiasa memastikan acara sukan kita dijalankan dengan meriah dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi, sepertimana yang kita adakan pada hari ini. Dalam bidang sukan juga, kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar kita dalam bidang olahraga amat membanggakan. Pasukan olahraga dan merentas desa sekolah ini yang berlansung pada 5 Mac 2011 telah mula digeruni oleh pasukan-pasukan dari sekolah lain terutama di Zon Keramat. Dalam Kejohanan Balapan dan Padang pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati muncul sebagai juara peringkat Zon Keramat.

            Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini dan pasukan Larian Merentas Desa juga telah menjadi juara Zon Keramat pada tahun ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati yang sentiasa menyokong dan telah menyalurkan bantuan kewangan untuk menjayakan kejohanan pada hari ini. Kepada rumah yang menjadi juara pada tahun ini tahniah diucapkan. Bagi pasukan yang kurang berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

Kepada para pelajar semua, kami guru-guru sangat bangga dengan penglibatan anda semua.  Saya harap semua peserta akan menjayakan kejohanan pada hari ini dengan semangat sukan yang tinggi.

Kepada semua guru yang terlibat dalam acara pada hari ini dan program BP Science Challenge yang bermula sejak sebulan yang lalu serta latihan rumah sukan setiap hari, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana komitmen tuan/puan semua.

Kepada pelajar yang berjaya menjadi johan dan rumah yang diiktiraf sebagai johan rumah pada hari ini saya ucapkan tahniah. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan

Sekian , terima kasih

Launching of BP myscience challenge 2011 by our principal Datin Seri Zavirah bt.Shaari





Never does nature say one thing and wisdom another.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...