we are not an environmentalist. we are an Earth warrior

Tuesday 28 June 2011

"Aku Cinta Sekolah" Project


Launching of  "Aku Cinta Sekolah" Project



Students weighing the recyclable materials

____________________________________________________

Kertas Kerja
“Projek Aku Cinta Sekolah”
Tahun 2011

1.0   Pendahuluan
Kurikulum  persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Justeru, penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata  pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan.

Alam sekitar yang bebas dari pencemaran bermula daripada inisiatif untuk mengguna dan mengitar semula barangan buangan.  Satu kajian oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa plastik menyumbang kira-kira 9.7 peratus daripada bahan buangan isi rumah. Projek “Cintakan Sekolah” merupakan satu  projek sekolah yang bertujuan menyemai rasa cinta dan bangga terhadap sekolah daripada aspek kebersihan. Ia selaras dengan Tema tiga dalam kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu “Hidup Bermasyarakat” dan telah di terapkan lagi semasa di tingkatan 1 dibawah topik “ Bangga terhadap Sekolah”. Di dalam projek ini, ditekankan pengumpulan bahan buangan plastik dan kertas yang ada di sekitar kawasan sekolah untuk dikitar semula.

2.0   Objektif
2.1 Menyemai  rasa cinta dan bangga terhadap sekolah dari segi kebersihan
2.2 Menyokong seruan kerajaan iaitu untuk mengurangkan jumlah bahan buangan khasnya plastik dan kertas
2.3 Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama
2.4 Memberi kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab
2.5 Menjalankan aktiviti mengurangkan pembebasab karbon dengan pihak BP Malaysia .


3.0   Sasaran

Semua murid SMK Taman Melati dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 6

4.0   Jadual Aktiviti


BIL
HURAIAN AKTIVITI
STRATEGI
PELAKSANAAN
TARIKH PELAKSANAAN

1

MAJLIS PELANCARAN PROJEK AKU CINTA SEKOLAH


Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

31/5/2011

2

FASA PERTAMA

-    Pengedaran plastik khas bagi pengumpulan plastik & kotak/kertas.
-     Mengumpul bahan buangan plastik dan kertas yang terdapat di sekitar kawasan sekolah.
-     Penyerahan bahan buangan akan dilakukan semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan bertempat di bilik stor bawah tangga antara blok A dan blok B.
-    Kelas yang mendapat timbangan yang paling berat akan diberikan hadiah.






Timbangan dibuat setiap hari Jumaat

Pemberian hamper  sebagai pemangkin projek bagi fasa 2



31/5 –3/6
 2011

3

FASA KEDUA

-     Pengedaran plastik khas bagi pengumpulan plastik & kotak/kertas.
-     Penyerahan bahan buangan plastik dan kertas yang terdapat di sekitar kawasan sekolah.
-    Kutipan bahan buangan akan dilakukan semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan bertempat di bilik stor bawah tangga antara blok A dan blok B.
-    Timbangan yang paling berat akan diberikan hadiah.





2 kelas yang paling banyak buat kutipan akan mendapat ganjaran.



21/6 – 8/7
2011




5.0   Anggaran Belanjawan

BIL
PROGRAM / AKTIVITI
PERUNTUKAN
KOS (RM)
JUMLAH (RM)
1
FASA PERTAMA
Alatan:
Beg plastik
Hadiah

PENDIDIKAN SIVIK
DAN KEWARGANEGARAAN


4 x RM 25.00
1 X RM 50.00


RM 100.00
RM 50.00
2
FASA KEDUA:
Hadiah:
JOHAN – KUPON RM 2.00
NAIB JOHAN – RM 1.00

PENDIDIKAN SIVIK
DAN KEWARGANEGARAAN


41 x RM 2.00
41 x RM 1.00


RM 82.00
RM 41.00

JUMLAH BESAR


RM 273.00


6.0   Penutup

Program kitar semula bahan-bahan buangan adalah satu program yang dirancangkan khas oleh pihak kerajaan bertujuan untuk mengurangkan jumlah bahan buangan dan memelihara alam sekitar untuk kebaikan generasi akan datang. Namun begitu, kurang kesedaran di kalangan masyarakat, sektor awam dan sektor swasta adalah cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakan aktiviti kitar semula. Selaras dengan itu, pihak sekolah mengambil peluang untuk menyokong usaha kerajaan melalui projek “Cintakan Sekolah”. Sebagaimana yang sedia maklum, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).  Justeru, projek “Cintakan Sekolah” diharap dapat membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluruh setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal intelek, emosi dan sosial secara tidak langsung.

Disediakan oleh:                                                 
               
Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
dan Penyelaras Program BP myscience 2011
SMK Taman Melati                                                              

________________________________________________________


PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWAGANEGARAAN
Dan  BP myScience
Laporan Projek Khidmat Masyarakat
“Projek Aku Cinta Sekolah”
Tahun 2011

LAPORAN KESELURUHAN
1. Majlis Pelancaran projek “Aku Cinta Sekolah”
Tarikh :  31 Mei 2011
Masa  : 7.30 -8.00 pagi
Tempat  : Dataran Melati
Laporan :      Projek “Aku Cinta Sekolah telah dilancarkan oleh Pn. Majidah bt Hashim semasa perhimpunan pagi.  Pengedaran plastik khas kepada semua kelas bagi pengumpulan plastik & kertas/ kotak .

2. Fasa Pertama
Tarikh : 31 Mei  2011 hingga 3 Jun 2011 (1 minggu)
Tempat :SMK Taman Melati
Laporan :         Fasa pertama projek ini berlangsung selama seminggu. Penyertaan daripada setiap kelas adalah memuaskan. Murid-murid kelihatan teruja dengan aktiviti sebegini. Kelas yang mendapat timbangan yang paling berat akan diberikan hadiah. Pemberian hamper sebagai pemangkin projek bagi Fasa 2. Penyerahan bahan buangan telah dilakukan selepas waktu persekolahan:

                                Tarikh :  2 Jun 2011 (Khamis)
                                Tempat : Bilik Stor bawah tangga antara blok A dan Blok B
                                Masa : 1.50 – 3.30 petang

                         Setelah penyerahan diterima, pemenang bagi peringkat Fasa pertama “Projek Aku Cinta Sekolah” adalah daripada kelas 5E.


3. Fasa Kedua
Tarikh :  21 Jun  2011 hingga 8 Julai 2011 (3 minggu)
Tempat : SMK Taman Melati
Laporan :         Fasa kedua projek ini berlangsung selama tiga minggu. Penyertaan daripada setiap kelas adalah memuaskan. Murid-murid kelihatan teruja dengan aktiviti sebegini. 2 kelas yang mendapat timbangan yang paling berat akan diberikan ganjaran. Ganjaran bagi Fasa kedua merupakan kupon makanan bernilai
RM 2.00/ murid bagi johan dan naib johan mendapat kupon bernilai RM 1.00. Penyerahan bahan buangan telah dilakukan selepas waktu persekolahan:

                                    Tarikh : 2 Jun 2011 (Khamis)
                                    Tempat : Bilik Stor bawah tangga antara blok A dan Blok B
                                    Masa : 1.50 – 3.30 petang

Setelah penyerahan diterima, pemenang bagi peringkat Fasa kedua “Projek Aku Cinta Sekolah” adalah daripada kelas .....

LAPORAN KEWANGAN

Sumber kewangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : RM 273.00

BIL
PROGRAM / AKTIVITI
KOS (RM)
JUMLAH (RM)
1
FASA PERTAMA
Alatan:
Beg plastik
Hadiah


4 x RM 25.00
1 X RM 50.00


RM 100.00
RM 50.00
2
FASA KEDUA:
Hadiah:
JOHAN – KUPON RM 2.00
NAIB JOHAN – RM 1.00


41 x RM 2.00
41 x RM 1.00


RM 82.00
RM 41.00

JUMLAH BESAR

RM 273.00


PENUTUP

Semua murid yang terlibat dalam aktiviti yang telah dijalankan ini telah memberi komitmen yang amat baik. Mereka telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kerja berkumpulan yang sangat baik.

Disediakan oleh :
 KETUA PANITIA PEND. SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
 PENYELARAS BP MYSCIENCE

____________________________________________________________________

PROGRAM PANITIA
“AKU CINTA SEKOLAH”
KERTAS PENGIRAAN PEMENANG
FASA PERTAMA 2011


TINGKATAN 1

PLASTIK
KERTAS
M


E


L


A


T


I





TINGKATAN 2
M


E


L


A


T


I





TINGKATAN 3

PLASTIK
KERTAS
M


E


L


A


T


I





TINGKATAN 4
M1



M2


E


L


A


T


I


TINGKATAN 5

PLASTIK
KERTAS
M1


M2


E


L


A


T


I





KPU RENDAH



KPU TINGGI




















Never does nature say one thing and wisdom another.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...